berputus asa?
tak akan lagi aku sanggup,
mengepak sayap mengetari bumi,
menyibak kabut di pagi,
sungguh aku tak akan sanggup,
walau hanya memandang dunia.
sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
dirangka sayapku yang patah,
melawan badai tadi siang.
sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
di hati yang tersayat celah rasa,
melawan benci di ruang cinta.
sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
di hati yang tertusuk duri,
hingga aku tiada tersedar lagi,
bahawa aku telah mati.
mati apakah yang cuba disampaikan dalam puisi ini?
mati jasad

atau
mati hati?

pelbagai pendapat boleh di timbulkan. saja jer nak suruh anda belajar memahami puisi. tiada isu yang ingin diketengahkan. cuma apa yang saya saya risaukan adalah generasi akan datang lupa pada warisan nenek moyang kita seperti puisi dan sebagainya. saya sendiri sedang berjinak-jinak dalam pemahaman sastera. bukan apa,taak rugi pun kita mendalami ilmu sebegitu. tak kan kita nak harap bangsa lain untuk mendalami warisan kita sendiri? mereka pun juga ada warisan mereka yang perlu mereka perkuatkan agar tak luput dek zaman.
yupss...! sokong2... ;D
ReplyDeleteyeah...tradisi kita...kita punya!
ReplyDelete