Thursday, May 27, 2010

PANDANGAN 2 ( renung sejenak )

memandang sesuatu yang lebih abstrak. menyelinap masuk ke tubuh. belajar untuk mengenal diri. siapa kita sebenarnya? adakah cukup hari ini untuk esok? atau cukupkah semalam untuk hari yang mendatang? manusia dicipta untuk bergerak, bukan untuk digerak. hakikat yang selalu kita lupa. enjoy? happy? ya, itu tidak terlepas dari lumrah hidup seorang manusia, tetapi jangan terlupa kasut apa yang kita bawa, topi apa yang kita pakai dah baju apa yang kita guna. kasut, baju dan topi. apakah kaitannya?

berputus asa?

tak akan lagi aku sanggup,
mengepak sayap mengetari bumi,
menyibak kabut di pagi,
sungguh aku tak akan sanggup,
walau hanya memandang dunia.

sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
dirangka sayapku yang patah,
melawan badai tadi siang.

sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
di hati yang tersayat celah rasa,
melawan benci di ruang cinta.

sebab badan ini,
menanggung sakit tiada tertabib,
menanggung lara tiada pelipur,
di hati yang tertusuk duri,
hingga aku tiada tersedar lagi,
bahawa aku telah mati.

mati apakah yang cuba disampaikan dalam puisi ini?

mati jasad



atau

mati hati?



pelbagai pendapat boleh di timbulkan. saja jer nak suruh anda belajar memahami puisi. tiada isu yang ingin diketengahkan. cuma apa yang saya saya risaukan adalah generasi akan datang lupa pada warisan nenek moyang kita seperti puisi dan sebagainya. saya sendiri sedang berjinak-jinak dalam pemahaman sastera. bukan apa,taak rugi pun kita mendalami ilmu sebegitu. tak kan kita nak harap bangsa lain untuk mendalami warisan kita sendiri? mereka pun juga ada warisan mereka yang perlu mereka perkuatkan agar tak luput dek zaman.

Ada Apa Dengan CROCS?

dah macam lagu dah tajuk post ni... hehe.. tertarik dengan isu yang semakin menonjol sekarang. pergh....



lawa beb crocs ni... macam-macam warna ada. design pun banyak. ringan pulak tu. (bagi sesetengah orang lah) itulah ulasan mereka selaku penagih crocs. hmm... sekarang timbul satu isu baru.

CROCS hina kalimah ALLAH?



sejauh mana kebenarannya? kebetulan atau kesengajaan? saya selaku manusia yang perihatin dengan Islam cuba untuk menyingkap isu ini. bukan untuk mencari kesimpulan, tetapi cuba mengupas apa yang tersirat dalam CROCS pilihan ini. di facebook memang tengah hangat tentang isu ni. wah! dah macam pisang goreng panas tau. siap ada yang buat profile picture lagi yang kononnya untuk menyedarkan mereka yang sedang atau yang mahu memiliki si CROCS ni. tapi xkisah lah, itu hak mereka untuk agama ISLAM. tindakan tersebut patut dipuji kerana mereka sangat perihatin pada agama ISLAM. walaubagaimanapun, kita perlu mencari sejauh mana kebenaran hal ini.

selaku individu yang baru nak try crocs, saya agak terkejut dengan berita ini. yela, bila lalu tepi jalan nampak orang jual crocs, mesti berhenti. almaklumlah, nak beli yang original, belum sampai seru. niat tu dah ada. tapi sampai sekarang masih belum terbeli lagi. hehe...mari kita buat perbandingan logo crocs yang original dan yang terpapar di facebook

ini yang original


ini yang dalam facebook


saya tidak mahu berkata apa-apa, sebaliknya saya mahu anda berfikir sendiri.
lihat perbezaan dua logo di 3bahagian ini:

1. mata
2. hidung
3. tangan kanan buaya

sebenarnya memang wujud sebegitu atau kewujudannya sengaja diwujudkan semata-mata untuk menimbulkan kontroversi?

saya pun tidak tahu. semuanya di tangan anda.

saya tertarik dengan petikan yang saya perolehi di facebook tentang isu ini.



hehe...nak tergelak pun ade, tapi macam betul jer?entah la ustaz, kami pun keliru sebenarnya.. perlukah mereka yang sedang memakai teruskan memakai dan yang baru nak beli teruskan mencari atau kita terus memboikot jenama ini?

nak boikot, tetapi seronok pakai..yelah, ringan, cantik dan senang nak dapat.
kalau dahulu cuma ada di butik-butik yang harganya mencecah rm200 keatas, semua mengeluh untuk memilikinya.. xkan orang yang berada je yang boleh menggayakan jenama tersebut. habis golongan kita ni? xlayak?

haaa....sekarang dah keluar yang tiruan punya, rm19 pun dah boleh dapat dah.. selesa juga seperti harga yang rm200. cume kekemasannya kurang sikit lah. Ah! peduli apa. kene pandai pilih kan?hehe

ada juga yang berpendapat crocs semakin murah sehingga ada yang mengatakan bahawa maruah Islam berharga rm19? ish!tak boleh jadi ni.. saya semakin keliru! nak pakai, tapi dilema...huhu.. pakcik-pakcik yang tak larat nak pakai seliper berat-berat baru nak selesa pakai crocs. yelah, maklumlah kaki dah berumur ni tak berapa kuat sangat kan? tadi ke surau waktu maghrib, nampak gak la pak imam pakai crocs... wah2... dah maju nampak? mentang-mentang lah dah murah. hehe..

so? kesimpulan? dah dapat ke belum? atau makin keliru?

huh....penat saya fikir, masih belum jumpa lagi jalan keluar.
hmmm.... isu ni terlalu besar ke sehingga kita terlupa isu yang lebih besar lagi?
perjuangan kita masih belum selesai. sebagai contoh, bagaimana dengan isu ini?



siapakah yang membuat perkara ini? bukan orang melayu? agama mereka? hmm.... terlalu ghairah untuk memboikot barangan sehingga lupa untuk memboikot perbuatan seperti itu. ya..kedua-duanya perlu dberi perhatian tetapi ada sesetengah perkara yang kita perlu lebih menitik beratkan.

ponteng sekolah
dadah dan syabu
ragut
dan lain2

banyak kan perkara yang kita perlu lebih fokus
saya sempat untuk mencari identiti dan organisasi CROCS. tapi saya masih tidak jumpa identiti atau individu yahudi atau israel. tak tahu lah kalau saya terlepas pandang. tapi mudah mudahan begitulah. terlalu banyak benda yang kita perlu siasat sebelum menghukumnya. saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. saya cuma mahu kita semua berfikir sebelum bertindak.

cuma saya tertarik dengan pembuatan CROCS dan kelebihannya. itu sahaja. oleh itu, mari kita bersama-sama buka mata dan lapangkan minda. pendapat anda di alu-alukan.
sebelum itu, mari lihat gambar dibawah :


p/s habislah, lepas ni pak aji g kebun pakai crocs


p/s inilah design yang aku minat sangat ni

Wednesday, May 26, 2010

Selamat Pagi Dunia

wow! awalnya bangun pagi ni? biasa lah...dah hari-hari bangun lambat, takut sistem otak makin lembap! katenye....hehe..padahal nak ambil hati parents kan? btol x? saya juga remaja seperti anda. proses bodek menbodek adalah satu proses yang biasa bagi seorang remaja. itu adalah realiti hidup, jangan disalah ertikan! hehe.. orang kata, tidur lepas subuh rezeki berkurang, betul ke? orang kata, tidur lepas subuh otak makin lembap, betul ke? orang kata, tidur lepas subuh badan lemah, betul ke? ha...!!! fakta terbaru yang saya dapat dari ayah saya, tidur lepas subuh ada potensi untuk jadi orang yang susah nak dengar cakap, atau degil. Hmmm... bahaya tu.. kalau degil, jadi malas, otak pun lembap, lagi la xdengar cakap ibubapa, rezki mana nak datang?

hmm....dulu ,masa di sekolah menengah, saya duduk asrama. kami semua diwajibkan solat berjemaah subuh tau. siapa yang lambat atau masbuq, akan dirotan dan dimalukan depan perempuan. fuh! masa tu, tuhan saje yang tau sebab kami cuma ada 2 pilihan: 1.tahan malu atau 2.tahan sakit...hehe..memang xboleh laru sebab semua orang perlu berbaris ikut dorm dan akan di check ikut senarai nama. perit, pedih, tapi itulah cara untuk mengajar manusia menjadi seorang manusia. CUBA TEKA, MACAM MANA KAMI BOLEH BANGUN AWAL SETIAP HARI?haha... kami dikejut setiap pagi dengan rotan. fuh! ade yang terbangun bukan sebab kene rotan, tapi terkejut sebab orang sebelah kene rotan. fuh! mantap kan?

Filem Once a Gangster



FILEM : Once A Gangster
BAHASA : Kantonis
GENRE : Aksi
DURASI : 95 Minit

Tadi tepat jam 3petang aku keluar untuk menonton filem kat TGV Bukit Raja.. "Once a Gangster". Tu lah tajuknya. Mendengar tajuk tu, aku sudah membayangkan filem tersebut berbentuk filem aksi. Ya, tak salah jangkaan aku lepas tengok butiran filem aku di internet. Aku sangat minat filem yang berunsurkan gangster, mafia, samseng dan seumpamanya kerana itulah realiti hidup yang semua orang xmerasa. Bagaimana mereka memperjuangkan hak mereka sebagai samseng dan sebagainya. Yang lebih menarik adalah apakah yang mereka cuba perjuangkan itu? Realiti atau hanya fantasi mereka? Aku sampai di depan kaunter TGV jam 4.00petang sedangkan tiket jam 4.15. aku terlihat poster filem tersebut.



Tiba-tiba aku terfikir, "eh,ni macam cerita komedi je? Alahai,tiket dah beli dah..xpelah....LAYAN jela...ZASSS!!!!!!!! " Sbb aku sangat berharap ia adalah satu filem serius, dasyat dan banyak pembunuhan. huh! xpe....layan jer..
Tepat jam 4.15 aku masuk. H9 dan H10, BOX2. Aik? Tak ramai orang pun? dalam 30% wayang jer. Cerita pun mula..

Cerita ini mengisahkan satu kumpulan kongsi gelap yang mana mereka mencari ketua kumpulan yang baru sebab ketua kumpulan yang lama berundur diri untuk elakkan diri daripada membayar hutang bank yang sangat banyak.Cerita ini memang masuk logik dek akal kerana situasi kongsi gelap di China memang begitu. Sangat dasyat. Filem dimulakan dengan upacara angkat sumpah kemasukan ahli kongsi gelap yang baru. Filem ini tidak menarik dari segi persembahan, tetapi menarik dari sudut tema, intipati dan mesej yang cuba disampaikan. Kemanusiaan dan persahabatan. Ya, itulah yang cuba disampaikan dalam filem ini. Bagaimana seorang kawan sanggup berkorban untuk sahabatnya dan bagaimana seorang kawan mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Tak lupa juga bagaimana seorang ibu yang terlalu taksub terhadap kongsi gelap sehingga tidak membenarkan anaknya meneruskan pembelajarannya di universiti.
Engat! Tidak semua ahli kongsi gelap xada cita-cita dan matlamat hidup. Filem ini tidak mungkir janji kerana semestinya dalam filem ini terdapat pelbagai aksi. Ini bertepatan dengan genre yang mereka cuba ketengahkan. Filem ini juga bergenre komedi. Ini sangat bagus untuk mengurangkan ketegangan penonton. Graf filem ini menaik dan akhirnya telah turun kembali kerana jalan cerita yang disampaikan berunsur suspens.
Berikut adalah antara petikan dari filem tersebut.





Saya telah mengklasifikasikan bahawa filem ini adalah bertemakan kemanusiaan umumnya dan persahabatan khasnya. Persempahan jalan cerita adalah kurang tetapi mesej yang cuba disampaikan adalah sangat menarik. 3BINTANG saya bagi.

Tuesday, May 25, 2010

P E N A T ( edisi 1 )

Selama beberapa hari ini aku macam dah tak ade hidup lain selain membaca skrip dan terus membuat sesuatu kat skrip tu. TEROWONG....ya..Terowong la tajuk skrip tu... Banyak masalah yang terjadi dalam proses menjayakan skrip tersebut. Makan, minum, tidur, borak, berangan dan mandi dengan skrip tu. Pada masa ni lah, aku baru kenal erti seorang kawan. Aku penat dan sangat penat...Tapi aku masih tak putus asa...Saya budak baru belajar, jadi terlalu banyak benda yang perlu aku belajar dalam masa yang singkat. Dalam fikiran aku, terus terima dan terima. Aku tetap mengajar diri aku untuk terus terima perubahan pada saat akhir. PASRAH... ya, itulah yang aku fikir, tapi itu tidak bererti untuk aku berputus asa. Pasrah bukan bererti berhenti berusaha, tapi jangan mudah berputus asa. BERSAMBUNG. . . .

PANDANGAN 1 ( aneka cara )

manusia hidup dengan aneka cara
tapi mereka juga mati dengan aneka cara
bagaimana?
kita pun tak tahu dan tak akan tahu
sebab kita pun xpenah nak ambil tahu
hidup dengan aneka cara
tetapi tidak tahu untuk mempelbagaikan cara itu
sehingga kita dilabel pengikut cara
yang kita mahukan adalah pemudah cara
aneka cara
gabungan perkataan yang sedap didengar tetapi mempunyai maksud yang tersendiri...