Thursday, May 27, 2010

Ada Apa Dengan CROCS?

dah macam lagu dah tajuk post ni... hehe.. tertarik dengan isu yang semakin menonjol sekarang. pergh....



lawa beb crocs ni... macam-macam warna ada. design pun banyak. ringan pulak tu. (bagi sesetengah orang lah) itulah ulasan mereka selaku penagih crocs. hmm... sekarang timbul satu isu baru.

CROCS hina kalimah ALLAH?



sejauh mana kebenarannya? kebetulan atau kesengajaan? saya selaku manusia yang perihatin dengan Islam cuba untuk menyingkap isu ini. bukan untuk mencari kesimpulan, tetapi cuba mengupas apa yang tersirat dalam CROCS pilihan ini. di facebook memang tengah hangat tentang isu ni. wah! dah macam pisang goreng panas tau. siap ada yang buat profile picture lagi yang kononnya untuk menyedarkan mereka yang sedang atau yang mahu memiliki si CROCS ni. tapi xkisah lah, itu hak mereka untuk agama ISLAM. tindakan tersebut patut dipuji kerana mereka sangat perihatin pada agama ISLAM. walaubagaimanapun, kita perlu mencari sejauh mana kebenaran hal ini.

selaku individu yang baru nak try crocs, saya agak terkejut dengan berita ini. yela, bila lalu tepi jalan nampak orang jual crocs, mesti berhenti. almaklumlah, nak beli yang original, belum sampai seru. niat tu dah ada. tapi sampai sekarang masih belum terbeli lagi. hehe...mari kita buat perbandingan logo crocs yang original dan yang terpapar di facebook

ini yang original


ini yang dalam facebook


saya tidak mahu berkata apa-apa, sebaliknya saya mahu anda berfikir sendiri.
lihat perbezaan dua logo di 3bahagian ini:

1. mata
2. hidung
3. tangan kanan buaya

sebenarnya memang wujud sebegitu atau kewujudannya sengaja diwujudkan semata-mata untuk menimbulkan kontroversi?

saya pun tidak tahu. semuanya di tangan anda.

saya tertarik dengan petikan yang saya perolehi di facebook tentang isu ini.



hehe...nak tergelak pun ade, tapi macam betul jer?entah la ustaz, kami pun keliru sebenarnya.. perlukah mereka yang sedang memakai teruskan memakai dan yang baru nak beli teruskan mencari atau kita terus memboikot jenama ini?

nak boikot, tetapi seronok pakai..yelah, ringan, cantik dan senang nak dapat.
kalau dahulu cuma ada di butik-butik yang harganya mencecah rm200 keatas, semua mengeluh untuk memilikinya.. xkan orang yang berada je yang boleh menggayakan jenama tersebut. habis golongan kita ni? xlayak?

haaa....sekarang dah keluar yang tiruan punya, rm19 pun dah boleh dapat dah.. selesa juga seperti harga yang rm200. cume kekemasannya kurang sikit lah. Ah! peduli apa. kene pandai pilih kan?hehe

ada juga yang berpendapat crocs semakin murah sehingga ada yang mengatakan bahawa maruah Islam berharga rm19? ish!tak boleh jadi ni.. saya semakin keliru! nak pakai, tapi dilema...huhu.. pakcik-pakcik yang tak larat nak pakai seliper berat-berat baru nak selesa pakai crocs. yelah, maklumlah kaki dah berumur ni tak berapa kuat sangat kan? tadi ke surau waktu maghrib, nampak gak la pak imam pakai crocs... wah2... dah maju nampak? mentang-mentang lah dah murah. hehe..

so? kesimpulan? dah dapat ke belum? atau makin keliru?

huh....penat saya fikir, masih belum jumpa lagi jalan keluar.
hmmm.... isu ni terlalu besar ke sehingga kita terlupa isu yang lebih besar lagi?
perjuangan kita masih belum selesai. sebagai contoh, bagaimana dengan isu ini?



siapakah yang membuat perkara ini? bukan orang melayu? agama mereka? hmm.... terlalu ghairah untuk memboikot barangan sehingga lupa untuk memboikot perbuatan seperti itu. ya..kedua-duanya perlu dberi perhatian tetapi ada sesetengah perkara yang kita perlu lebih menitik beratkan.

ponteng sekolah
dadah dan syabu
ragut
dan lain2

banyak kan perkara yang kita perlu lebih fokus
saya sempat untuk mencari identiti dan organisasi CROCS. tapi saya masih tidak jumpa identiti atau individu yahudi atau israel. tak tahu lah kalau saya terlepas pandang. tapi mudah mudahan begitulah. terlalu banyak benda yang kita perlu siasat sebelum menghukumnya. saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. saya cuma mahu kita semua berfikir sebelum bertindak.

cuma saya tertarik dengan pembuatan CROCS dan kelebihannya. itu sahaja. oleh itu, mari kita bersama-sama buka mata dan lapangkan minda. pendapat anda di alu-alukan.
sebelum itu, mari lihat gambar dibawah :


p/s habislah, lepas ni pak aji g kebun pakai crocs


p/s inilah design yang aku minat sangat ni

5 comments:

  1. haaa noks. aku tak layan sgt crocs.

    ReplyDelete
  2. hehe....aku pun konfius dengan isu ni....
    kesian pak aji kat kampung aku...dorg dah stat pakai crocs tau...hehe

    ReplyDelete
  3. hmm..aku taw gak sal nie..tp bru je mama aku blikan ,xkan aku xpakai...
    aku se kan,bgantung pade niat kot,,sbb kite nk pakai 4 melindungi kaki kite..bukan menghine..tp aku xtaw r...wallahualam..
    aku pon konpius gile sal nih

    ReplyDelete
  4. macam cilaka. entri nak panjang-panjang macam buat esaimen.

    ReplyDelete