Wednesday, May 26, 2010

Filem Once a Gangster



FILEM : Once A Gangster
BAHASA : Kantonis
GENRE : Aksi
DURASI : 95 Minit

Tadi tepat jam 3petang aku keluar untuk menonton filem kat TGV Bukit Raja.. "Once a Gangster". Tu lah tajuknya. Mendengar tajuk tu, aku sudah membayangkan filem tersebut berbentuk filem aksi. Ya, tak salah jangkaan aku lepas tengok butiran filem aku di internet. Aku sangat minat filem yang berunsurkan gangster, mafia, samseng dan seumpamanya kerana itulah realiti hidup yang semua orang xmerasa. Bagaimana mereka memperjuangkan hak mereka sebagai samseng dan sebagainya. Yang lebih menarik adalah apakah yang mereka cuba perjuangkan itu? Realiti atau hanya fantasi mereka? Aku sampai di depan kaunter TGV jam 4.00petang sedangkan tiket jam 4.15. aku terlihat poster filem tersebut.



Tiba-tiba aku terfikir, "eh,ni macam cerita komedi je? Alahai,tiket dah beli dah..xpelah....LAYAN jela...ZASSS!!!!!!!! " Sbb aku sangat berharap ia adalah satu filem serius, dasyat dan banyak pembunuhan. huh! xpe....layan jer..
Tepat jam 4.15 aku masuk. H9 dan H10, BOX2. Aik? Tak ramai orang pun? dalam 30% wayang jer. Cerita pun mula..

Cerita ini mengisahkan satu kumpulan kongsi gelap yang mana mereka mencari ketua kumpulan yang baru sebab ketua kumpulan yang lama berundur diri untuk elakkan diri daripada membayar hutang bank yang sangat banyak.Cerita ini memang masuk logik dek akal kerana situasi kongsi gelap di China memang begitu. Sangat dasyat. Filem dimulakan dengan upacara angkat sumpah kemasukan ahli kongsi gelap yang baru. Filem ini tidak menarik dari segi persembahan, tetapi menarik dari sudut tema, intipati dan mesej yang cuba disampaikan. Kemanusiaan dan persahabatan. Ya, itulah yang cuba disampaikan dalam filem ini. Bagaimana seorang kawan sanggup berkorban untuk sahabatnya dan bagaimana seorang kawan mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Tak lupa juga bagaimana seorang ibu yang terlalu taksub terhadap kongsi gelap sehingga tidak membenarkan anaknya meneruskan pembelajarannya di universiti.
Engat! Tidak semua ahli kongsi gelap xada cita-cita dan matlamat hidup. Filem ini tidak mungkir janji kerana semestinya dalam filem ini terdapat pelbagai aksi. Ini bertepatan dengan genre yang mereka cuba ketengahkan. Filem ini juga bergenre komedi. Ini sangat bagus untuk mengurangkan ketegangan penonton. Graf filem ini menaik dan akhirnya telah turun kembali kerana jalan cerita yang disampaikan berunsur suspens.
Berikut adalah antara petikan dari filem tersebut.





Saya telah mengklasifikasikan bahawa filem ini adalah bertemakan kemanusiaan umumnya dan persahabatan khasnya. Persempahan jalan cerita adalah kurang tetapi mesej yang cuba disampaikan adalah sangat menarik. 3BINTANG saya bagi.

No comments:

Post a Comment